Wednesday, February 5, 2014

JODOH???

Assalamualaikum w.b.t

hai... apa khabar semua?? apakah rasanya bila ditanya mengenai jodoh?? gembira?? sedih??

jodoh?? setiap orang tidak mengetahui siapakah, bilakah dan dimanakah jodoh mereka... disebabkan tidak mengetahui mengenai jodoh, kte hendaklah sentiasa berdoa untuk mendapatkan jodoh yang baik... yah, kte mungkin tidaklah baik sangat sehingga mahukan yang baik sebagai jodoh kte... apa salahnya kalau kte mengharapkan untuk mendapat yang baik disamping kte berusaha menjadi yang terbaik juga... betul kan...

hmm...semoga semua mendapat jodoh yang baik.... insha Allah.. amin... yakinlah dengan jodoh yang Allah telah tetapkan... jika bukan sekarang mungkin nanti atau di akhirat sana telah menanti seseorang untuk kte... siapalah kte hendak menolak itu semua kan... berdoa tau...

jika cepat jodoh kte sampai, anggap la itu sebagai tanggungjawab yang telah diberikan kepada kte... mksudnya, kte sudah bersedia untuk menempuh alam perkahwinan dan memikul tanggungjawab yang diberikan... jika lambat jangan lah kte merungut ataupun bersedih, tapi persiapkan la diri dengan segala ilmu sebelum menempuh alam perkahwinan disamping mengumpul kewangan yang kukuh untuk menanggung kehidupan selepas kahwin... 

okey,lastly kalau didatang pilihan buatlah solat istikharah.. insha Allah, segala kesulitan dan kemusykilan akan disenangkan membuat pilihan...mohonlah petunjuk kepadaNya, dan yakinla denganNya... itulah keputusan yang terbaik... insha Allah, amin... 

setiap perhubungan pasti akan ada masalah yang mendatang... tempuhinya dengan tenang dan matang dalam menangani semua masalah... buatlah keputusan dengan sebaik-baiknya... insha Allah, semua nya akan selesai....

~~wasalam~~

P/S: TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA