apa khabar hati?
masihkah ia seperti embun? menunduk tawaduk dipucuk-pucuk daun...
masihkah ia seperti batu karang? berdri tegar manghadapi gelombang ujian...
apa khabar iman?
masihkah ia seperti bintang? terang benderang menerangi kehidupan...
apa khabar sahabatku semua?
dimanapun kamu berada, semoga Allah sentiasa melindungi dan menjaga serta memberi kesihatan kepada kamu hari ini, esok dan untuk selamanya...amin...insyaAllah...
pembukaan arini memberi peringatan kepada kita akan diri kita dan Allah..tapi kita sekarang fokus epada sahabat...tiga perkataan yg berbeza tapi maksud yang sama...tapi adakah semua tahu bahawa walaupun sama maksud tapi makna yang berbeza...
apabila kita berkata KAWAN? biasanya kawan hanya berada dengan kita sewaktu senang sahaja...jarang akan berada disamping kita sewaktu susah...
MEMBER pulak... biasanya digunakan untuk suka-suki sahaja...hanya menjadi teman berseronok sahaja...apabila kita diperlukan barulah member mencari apabila tidak diperlukan kita dijauhi...
tapi apabila kita sebut sahaja SAHABAT...dialah yg sentiasa berada disisi kita sewaktu senang dan susah...membantu apabila kita susah senyum apabila kita senang...inilah yg dinamakan sahabat...even Rasulullah juga menggelarkan orang sekelilingnya ialah sahabat...kerana apa? kerana mereka sentiasa berada disisi Rasulullah ketika senang dan susah...
mengapa tajuk sahabt ini dipilih untuk entry kali ini???
apabila kita sebut sahaja pasal sahabat pasti semua mempunyai pengalaman pahit manis bersama sahabat-sahabat kalian...ok,now is my story k...:)
ketika di sekolah rendah dulu, saya mempunyai ramai kawan...dulu saya nie memilih sikit kawan..yelah kan..saya dulu femes gak lah kat sekolah kerana kefemesan atok saya disitu...hehehe...kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi bukan...bukan apa, ini semua sebab saya bukan senang nak rapat dengan seseorang yg baru kenal...it take time k...bukan sombong juga...dahulu kawan saya semua nya hanya dari kelas pertama dan kedua sahaja...bukan tidak ada dari kelas yg lain tapi xtahu lah nak kate ape...mereka mengajar saya mcm mana nak berkawan...bergaul sesama kawan...kenapa kawan? kia bermula dari kawan barulah menjadi sahabat... dulu mereka kawan tapi sekarang mereka sahabat... ada yg masih keep in touch lagi lah...most of them a guy k... :)
apabila masuk sahaja sekolah menengah pasti semua dan bijak memikirkan mana baik dan buruk...lagi2 kalau sudah masuk sekolah yg berasrama...ketika di SMKA dulu saya bersahabat dengan 12 org sahabat saya..mereka sangat2 membantu saya dikala susah...susah mencari seperti mereka... setiap org mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing bukan...kami (yg perempuan lah) selalau diingatkan oleh lelaki supaya tidak berpuak...api nak buat mcm mana kan...kami bukan berpuak tapi kami selesa dengan sahabat kami yg itu...bukan tidak boley bergaul dengan yg lain tapi disebabkan kebiasaan dan keselesaan apabila bergaul...apaila di SMKA semestinya saya bersahabat dengan yg perempuan...semua gurl ok... :)
apabila masuk di universiti pulak, lagi lah kita sudah matang untuk memikirkan hal sendiri dan yg lain2...di sini saya berpeluang untu berkawan dengan sahabat,kawan yg berlainan negeri...masing2 mempunyai keistimewaan sendiri...mereka mengajar saya erti hidup global...kalau nak diikutkan saya ni hanya tahu pasal johor jew yg lain2 xtahu...hehehe...(mcm katak dibawah tempurung lah katekan)... bersahabat diuniversiti nie banyak mendapat pengetahuan am mengenai mereka... maksudnya berkenaan tempat tinggal mereka, loghat dan sebagainya...disinilah gunenya mereka untuk kita tahu mengenai dunia diluar sana...
akhir kata...hargailah sahabat2 semua...kerana sahabat melambangkan keperibadian kita...jika baik sahabat baiklah kita...dan sebaliknya... so,renung2kanlah ye... insyaAllah... :)
ini sahabat di SMKA ... <3
inilah sahabat2 saya di universiti... :)

No comments:
Post a Comment